Laman Utama Informasi Syarikat Produk Sokongan Muat Turun Pandangan Testimoni Hubungi Kami Ejen Penjual Belian Online Bahasa Inggeris
Soalan Pemasangan Jaringan Penyelesaian Masalah Video
 


Penyelesaian Masalah

Mengapa komputer saya tidak mampu mengesan " Juzt-Reboot PCI Card"?
1.  
Jika anda berhasrat untuk menyimpan data yang asal di dalam cakera keras anda,anda hendaklah membuat pilihan pemasangan secara "Express". Pilihan ini boleh didapati semasa proses pemasangan "Juzt-Reboot® Recovery Card" anda pada peringkat pertama sekali di dalam Sistem Pengoperasian Windows.
 
2.  
Sila semak penetapan CMOS pada PC anda. Pastikan bahawa pilihan NETWORK, atau LAN ditetapkan seperti urutan boot yang pertama(first boot sequence). Sekiranya komputer anda dapat mengenalpasti PCI Card secara automatik, anda tidak perlu lagi untuk membuat sebarang perubahan pada penetapan CMOS anda .
3.  

Sesetengah Motherboard memerlukan anda menukar Hardware Mode. Tekan[Alt] + [M] untuk masuk ke dalam penetapan "PCI Card Hardware". "Mode A" adalah yang disarankan . Penetapan ini hanya berfungsi pada JR-PCI-NT 9.3 / 9.4 /9.5.

4.  
Sila semak penetapan CMOS kepada " disable all Shadow RAM" untuk pengujian.


Sistem Pengoperasian Windows saya terlaksana secara tidak lancar di dalam"User Mode" tetapi menjadi lebih baik jika ia dilaksanakan di dalam "Supervisor Mode". Saya dapati ruang "buffer" bergerak sangat pantas di antara waktu komputer sedang beroperasi , apakah yang menyebabkan masalah ini terjadi?

1.  
Pastikan anda sentiasa laksanakan "Windows Defragment" dan "Scandisk" sistem secara menyeluruh sebelum memasang "Juzt-Reboot® Recovery Card". Pastikan juga anda laksanakan "hard drive cleanup", untuk menyingkirkan semua "Temporary files", "Temporary Internet Files", "Setup Log files", "Compress Old Files", "Web Client/Publisher Temporary files" dan "Catalog Files" bagi "Content Indexer". Kesemua "temporary files" akan dihasilkan secara automatik oleh Sistem Pengoperasian terutamanya bagi Windows XP dan 2003 .
 
2.  
Sila peruntukkan ruang size sistem "buffer" di antara 500MB dan keatas semasa proses pemasangan dilaksanakan . Kami menyarankan peruntukan bagi ruang saiz "buffer" adalah 1000MB bagi perlaksanaan sistem komputer yang lebih optimum .
3.  
Pastikan sistem komputer tersebut mempunyai RAM lebih daripada 64MB terutama sekali jika anda menggunakan Windows 2000, XP dan 2003 .
4.  
Pastikan juga sistem fail bagi Windows 95B (OSR2); atau Windows 98 telah disetkan pada FAT32. Windows 2000, XP dan 2003 berkemampuan melaksanakan di bawah fail sistem FAT32 dan NTFS. Pasangkan "Juzt-Reboot Recovery Card" kepada fail sistem yang sama seperti Sistem Pengoperasian komputer tersebut .
 
5.  
JANGAN pasang pembahagian perisian dan perkakasan yang lain , "Juzt-Reboot Recovery Card" berkemampuan untuk menempatkan pembahagian yang berganda ke atas cakera keras fizikal yang pertama .
 
6.  
Sila pastikan bahawa "Hard Drive" tidak mempunyai sebarang "bad sector", "disk read/write errors", "I/O errors" dan "system file errors".

7. Lencongkan Windows Virtual Memory (Swap/Paging File) ke bahagian lain (e.g. D: Drive).

 
 

 

 

Juzt-Reboot® telah dipasang ia tetapi nampaknya tidak akan berfungsi dengan betul.
1.
Ini kerana anda perlu untuk 'install' Setup.exe atau Install.exe yang ada di dalam pemacu Juzt-Reboot disket atau CD. Pemasangan ini perlu untuk dijalankan dalam [Supervisor Mode] atau dengan kad [Restore Type] di tetapkan tidak berfungsi, ini meletakkan kad tersebut berterusan dalam [Supervisor Mode].

 

Saya mencuba untuk memasang Juzt-Reboot® CD pemacu untuk Hardware Version, tetapi setiap kali saya tekan 'Enter' di penggesa "Please Insert Install Disk", ia tidak memuatkan Installation Program.

 

1.
BIOS yang tertentu mempunyai sedikit masalah bacaan Boot Sector daripada CD kami. Cuba tekan "F5" untuk memaksa BIOS memuat CD. Jika ianya masih tidak berfungsi, sila muat turun pemacu dalam Diskette Version.