Q1. |
Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum memasang Juzt-Reboot® pada komputer? |
A1. |
Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah menjalankan program Windows Scandisk dan Disk Defragmenter, ini untuk memastikan tiada fail dan sistem yang rosak dan juga menyusun kembali sususan fail di dalam cakera keras. Ianya juga membersihkan kesemua fail-fail sementara daripada sistem operas Windows. |
|
|
Q2. |
Mengapakah saya perlu menjalani Scandisk sebelum memasang Juzt-Reboot®? |
A2. |
Sebelum memulakan pemasangan, cakera keras mestilah diperiksa terlebih dahulu bebas daripada sebarang kerosakan , ini kerana untuk memastikan sistem maklumat yang asal,yang mana akan digunakan oleh Juzt-Reboot untuk pembaikpulih adalah betul dan tepat. |
|
|
Q3. |
Mengapakah saya perlu menjalankan defragment pada cakeras keras sebelum memasang Juzt-Reboot®? |
A3. |
Ini adalah kerana Juzt-Reboot\'99 memerlukan satu kawasan yang beroperasi secara berterusan di dalam cakera keras untuk mencatatkan sistem "buffer". Defragmentasi juga akan memastikan fail disusun dengan mengikut susunan yang betul dan menolong sistem beroperasi dengan lebih baik dengan tidak mencari dan mencatatkan kesemua bahagian di dalam hard disk ketika sistem bermula. |
|
|
Q4. |
Bagaimanakah saya hendak pergi ke keadaan DOS sebenar "real DOS mode"? |
A4. |
Anda hanya perlu membuat "Startup Disk" dengan program penambah dan pembuang program "Add/Remove Programs" di dalam kawalan panel"Control Panel, dan kemudian jalankan "boot" daripada cakera keras. Cara yang lain adalah dengan terus menerus menekan kekunci F8 apabila Windows memulakan operasi dan kemudian pilih Command Prompt Only" daripada menu. |
|
Q5. |
Bagaimana untuk pergi ke DOS yang sebenar untuk Windows ME yang langsung tidak mempunyai DOS yang sebenar? |
A5. |
Anda perlu membuat cakera permulaan "Startup Disk"dengan mana-mana komputer yang mempunyai Windows95/98. |
|
|
Q6. |
Slot PCI/ISA yang manakah sesuai untuk digunakan? |
A6. |
Guna pada slot yang kosong dan Juzt-Reboot JR-PCI-NT tidak bergantung kepada slot PCI pada papan utama "mainboard". |
|
Q7. |
Apakah yang perlu dilakukan apabila menu Juzt-Reboot® tidak kelihatan pada skrin? |
A7. |
Di dalam konfigurasi BIOS/CMOS, tutupkan perlindungan daripada virus dan pilih NETWORK/LAN sebagai boot perkakasan yang pertama. Bagi sesetengah BIOS , ianya memerlukan boot rangkaian"Network Boot" dibuka.Selain itu, bagi sesetengah BIOS yang lama, ianya memerlukan pilihan ROM "Option ROM" dibuka. Bagi papan utama ASUS, tukarkan mode perkakasan "Hardware Mode" daripada A kepada B. |
Back to top
|
|
Q9.
|
Apakah kegunaan "Hardware Mode"?
Hardware Mode digunakan untuk menetapkan tahap kesesuaian Juzt-Reboot? dengan 'motherboard'. Ini kerana lain jenis komputer menggunakan lain jenis perkakasan dan penetapan, seperti motherboard chipset dan BIOS. Jika kamu mengalami Juzt-Reboot tidak di installed sebaiknya, kamu mungkin perlu untuk menukar Hardware mode dan lihat jika ini berjaya. |
|
Bagaimanakah saya mahu menukarkan mode perkakasan "Hardware Mode"?
|
A9. |
Caranya ialah jika anda mempunyai versi kad Juzt-Reboot yang terbaru, anda boleh menekan kekunci " Alt + M " apabila melihat mesej " Juzt-Reboot HARDWARE: v9.3 " selepas ujian buka sendiri BIOS "BIOS Power On Self Test".
|
Q10. |
Mane satu 'Hardware mode' yang kamu cadangkan ? |
|
Jika Juzt-Reboot? Card berfungsi dengan baik dengan default "Hardware Mode", kamu tidak perlu mengubahnya. Jika tidak cuba ubah Mode yang lain. Kami biasanya mencadangkan Mode B untuk Asus Motherboard, dan Mode C untuk Intel 845 dan chipsets baru seperti MSI motherboards.
Mode default untuk Model JR-PCI-NT v9.3 adalah Mode A.
Mode default untuk Model JR-PCI-NT v9.4 and v9.5 adalah Mode D.
Adakah Juzt-Reboot SW versi perisian mempunyai "Hardware Mode"?
Tidak. Hardware Mode tidak terdapat dalam versi software.
|
|
Q12. |
Saya sudah memuat turun fail terbaru untuk pemacu daripada laman web, tetapi bagaimanakah cara untuk mempertingkatkannya? |
A12. |
Asingkan dan keluarkan fail terbaru dan masukkan di dalam disket yang kosong dengan menjalankan fail EXE di dalam komputer. Selepas itu, tutup dan pasang kembali komputer dan pergi ke menu konfigurasi Juzt-Reboot® . Di situ anda perlu memilih "Upgrade". |
|
|
Q13. |
Bagaimanakah saya hendak melindungi konfigurasi BIOS/CMOS dengan menggunakan Juzt-Reboot®? |
A13. |
Caranya ialah dengan membuka fungsi "Auto-Restore CMOS data" tetapi sebelum anda menjalankan proses ini, anda perlu melakukan "Analyze CMOS data" dan kemudian "Save CMOS data". |
|
|
Q14. |
Saya berminat untuk memasang dan menggunakan Juzt-Reboot® dengan Linux. Apakah maklumat yang perlu saya ketahui sebelum memasangnya? |
A14. |
Juzt-Reboot® menyokong sistem operasi Linux dengan menggunakan Backup Recovery Mode. Sistem operasi Linux hanya boleh dipasang di bahagian pertama cakera keras dan anda perlu membuat Linux "swap partition". Anda juga perlu memasang LILO (Linux Boot Loader )di dalam bahagian pertama sector boot "First Sector of Boot Partition" daripada memasangnya di "Master Boot Record" (MBR) |
|
|
Q15. |
Bolehkah saya menukarkan saiz untuk mencatat bahagian "partition" cakera keras selepas memasang Juzt-Reboot® ? |
A15. |
Anda perlu ketahui selepas bahagian "partition" dibuat, ianya tidak boleh ditukar-tukar. Apa yang anda lakukan ialah anda perlu menyimpan di tempat lain "backup" kesemua bahagian "partition" dan data dan kemudian mengeluarkan kembali kad Juzt-Reboot\'99 . Selepas itu, anda boleh membuat kembali bahagian "partition" di dalam cakera keras mengikut kemahuan anda. |
|
Q16. |
Bolehkah saya melakukan pemasangan Linux di dalam komputer dengan Juzt-Reboot JR-PCI-NT ver.9.3 kerana sesetengah versi Linux seperti Fedora Core 5, Ubuntu dan Debian/GNU tidak mempunyai LILO sebagai pengeboot " boot loader"? |
A16. |
Kesemua sistem operasi Linux beroperasi dengan mengikut prisip yang sama. Ini bermaksud kesemua sistem operasi Linux menggunakan UNIX kernel dan hanya segelintir versi sahaja yang menggunakan GRUB sebagai pengeboot "boot loader". Prosedur pemasangan masih sama , walau bagaimanapun, anda perlu menukar konfigurasi pada ( Advanced Boot Loader ) . Ini adalah untuk memastikan pengeboot "boot loader" tidak memasang secara automatik pada Master Boot Record. Juzt-Reboot\'99 menyokong kedua-dua GRUB dan LILO sebagai pengboot "boot loader" Linux. |
|
|